1G

Generasi pertama teknologi rangkaian mudah alih yang dibina untuk menyediakan perkhidmatan panggilan suara asas kepada pelanggan.

Generasi kedua teknologi rangkaian mudah alih yang membolehkan panggilan suara dan perkhidmatan mesej teks dengan tahap keselamatan yang tinggi serta perkhidmatan data yang terhad.

Generasi ketiga teknologi rangkaian mudah alih yang menjadi asas Internet mudah alih.

Teknologi rangkaian mudah alih generasi keempat, yang membolehkan Internet mudah alih pantas, membuka jalan untuk VoIP, peranti pintar, IoT dan banyak lagi.

Projek Demonstrasi 5G bertujuan untuk memudah, membangun dan mempertingkatkan potensi 5G dalam fasa perancangan ini. Ia juga bertujuan untuk mewujudkan kesedaran tentang bagaimana teknologi 5G boleh digunakan untuk pelbagai industri sebelum dilancarkan secara komersial.

Kelajuan muat turun adalah kelajuan informasi di Internet (seperti teks dan grafik) dipindahkan ke peranti anda; iaitu tempoh masa yang diambil untuk peranti anda memaparkan laman sesawang, video, dan muat turun fail untuk dipaparkan ke skrin anda.

Sambungan Internet berkelajuan tinggi yang dipancarkan melalui isyarat radio.

Merujuk kepada perkhidmatan suara dan data di kediaman, yang disediakan oleh rangkaian berwayar seperti talian telefon dan jalur lebar tetap.

FWA merujuk kepada kaedah penyediaan akses Internet tanpa wayar ke kediaman atau premis perniagaan tanpa pemasangan gentian dan kabel bagi penyediaan sambungan kepada pengguna akhir.

Istilah yang digunakan untuk menggambarkan kesepaduan sambungan antara rangkaian telekomunikasi tetap dan tanpa wayar. Penumpuan Mudah Alih-Tetap digunakan oleh penyedia perkhidmatan untuk membolehkan peralihan yang lancar antara rangkaian tanpa wayar dan tetap bagi pengguna mudah alih.

Gbps adalah merupakan ukuran untuk kadar penghantaran data (kelajuan) bersamaan dengan kira-kira 1 bilion bit sesaat.

Revolusi Industri keempat, dicirikan oleh automasi tinggi, pendigitan dan penggunaan kecerdasan buatan di seluruh industri.

Konsep ini pada dasarnya menghubungkan sebarang peranti dengan suis hidup dan padam melalui Internet (dan / atau antara satu sama lain). Ini merangkumi segalanya daripada telefon pintar, mesin pembancuh kopi, mesin basuh, fon kepala, lampu, peranti yang boleh dipakai, kereta dan hampir kesemua peralatan.

Kependaman adalah jumlah masa yang diperlukan untuk sebilangan kecil maklumat yang dihantar daripada peranti anda diterima oleh peranti lain di Internet, dan kemudian kembali kepada anda.

M2M merupakan komunikasi secara terus antara peranti dengan menggunakan sebarang saluran komunikasi, termasuk berwayar dan tanpa wayar.

Mbps adalah ukuran lebar jalur Internet. Secara ringkas, lebar jalur adalah kadar muat turun sambungan Internet anda.

Sambungan Internet yang disediakan melalui rangkaian mudah alih dengan menggunakan peranti seperti ‘dongles’, WiFi mudah alih, dan kad SIM data.

Merujuk kepada perkhidmatan suara dan data yang boleh digunakan ketika berada di mana sahaja, yang disediakan melalui rangkaian tanpa wayar.

Ukuran bagi menentukan sejauh mana sesuatu rangkaian dapat memenuhi keperluan pelanggan. Berbanding dengan Kualiti Perkhidmatan (QoS) yang hanya mengukur prestasi rangkaian dan media, tanpa mengambil kira pengalaman pengguna.

Menggunakan semula sesuatu frekuensi yang pada mulanya diperuntukkan untuk satu teknologi kepada teknologi yang lain.

Akses Internet yang dikuasakan oleh satelit komunikasi.

Kesemua frekuensi gelombang radio; kesemua komunikasi tanpa wayar bergerak di udara menggunakan frekuensi tertentu, iaitu spektrum.

Apabila penyedia perkhidmatan mudah alih menghentikan infrastruktur selular yang diperlukan untuk mengendalikan peranti komunikasi berasaskan teknologi 3G, iaitu UMTS (Perkhidmatan Telekomunikasi Mudah Alih Universal), EVDO (Evolution-Data Optimised).

Kelajuan muat naik adalah ukuran kelajuan komputer anda memindahkan atau menghantar maklumat ke Internet.

Teknologi sambungan selular (gabungan 2G, 3G, 4G LTE dan 5G).