Undang-Undang Penafian

Dengan mengakses dan/atau menggunakan JENDELA Map ini (“Portal”), anda telah  bersetuju terhadap Notis dan Penafian ini.

Portal ini mengandungi maklumat yang dikompil  oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (“SKMM”) bagi tujuan maklumat umum sahaja dan tidak  merupakan  nasihat profesional untuk sesuatu isu. Sementara SKMM  berusaha untuk memastikan bahawa maklumat yang terkandung di dalam Portal ini adalah tepat, SKMM tidak memberikan sebarang jaminan dalam apa jua bentuk, sama ada secara tersurat atau tersirat, mengenai kelengkapan, ketepatan, kecukupan, kesahihan, kebolehpercayaan atau kekinian maklumat yang terkandung di dalam Portal ini. Oleh yang demikian, para pengguna haruslah mengambil tindakan  secara sendiri untuk menentusahkan maklumat di dalam Portal ini sebelum bergantung kepada maklumat tersebut.

Dalam apa keadaan sekalipun, SKMM tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kemusnahan yang dialami/ditanggung oleh pengguna, termasuklah  ganti rugi khas, ganti rugi tidak langsung atau ganti rugi berbangkit dan sama ada tindakan di dalam kontrak, tort ataupun apa-apa medium tindakan perundangan lain, ekoran penggunaan Portal ini termasuklah kebergantungan kepada maklumat yang terkandung di dalam Portal ini, sebarang kegagalan teknikal Portal ini, ataupun sebarang kerosakan pada peranti pengguna.

Para pengguna adalah dilarang daripada menggunakan maklumat yang terkandung dalam Portal ini dengan apa-apa cara dan tujuan sekalipun, termasuklah untuk penerbitan dan penyelidikan, tanpa kelulusan bertulis daripada MCMC terlebih dahulu.

Maklumat di dalam Portal ini adalah tertakluk kepada perubahan, tanpa diberikan sebarang notis terlebih dahulu