Penafian

Dengan memuat turun, mengakses dan/atau menggunakan aplikasi mudah alih JENDELA Map (“Aplikasi”) ini, anda telah  bersetuju terhadap Notis dan Penafian ini.

Aplikasi ini mengandungi maklumat yang dikompil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (“SKMM”) bagi tujuan maklumat umum sahaja dan tidak  merupakan  nasihat profesional untuk sesuatu isu. Sementara SKMM berusaha untuk memastikan bahawa maklumat yang terkandung di dalam Aplikasi ini adalah tepat, SKMM tidak memberikan sebarang jaminan dalam apa jua bentuk, sama ada secara tersurat atau tersirat, mengenai kelengkapan, ketepatan, kecukupan, kesahihan, kebolehpercayaan atau kekinian maklumat yang terkandung di dalam Aplikasi ini. Oleh yang demikian, para pengguna haruslah mengambil tindakan secara sendiri untuk menentusahkan maklumat di dalam Aplikasi ini sebelum bergantung kepada maklumat tersebut.

Dalam apa keadaan sekalipun, SKMM tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kemusnahan yang dialami/ditanggung oleh pengguna, termasuklah  ganti rugi khas, ganti rugi tidak langsung atau ganti rugi berbangkit  dan sama ada tindakan di dalam kontrak, tort ataupun apa-apa medium tindakan perundangan lain, ekoran penggunaan Aplikasi ini termasuklah kebergantungan kepada maklumat yang terkandung di dalam Aplikasi ini, sebarang kegagalan teknikal Aplikasi ini, ataupun sebarang kerosakan pada peranti pengguna. Para pengguna adalah dilarang daripada menggunakan maklumat yang terkandung dalam Aplikasi ini dengan apa-apa cara dan tujuan sekalipun, termasuklah untuk penerbitan dan penyelidikan, tanpa kelulusan bertulis daripada MCMC terlebih dahulu.

Maklumat di dalam Aplikasi ini adalah tertakluk kepada perubahan tanpa diberikan sebarang notis terlebih dahulu.